Setelah agak lama berkecimpung dalam dunia online sejak dari tahun 2006 lagi, akhirnye saya membuat keputusan untuk membina satu blog peribadi dengan nama Seekers Blog yang mana selama 4 tahun ni, blog yang dibuat hanya cikai-cikai sahaja dan just untuk adsense dan lain-lain program, tp ianya hanya hangat-hangat tahi ayam jer pada masa tu.. hehe.. Maklumlah, masa tu belum tahu apa-apa lagi tentang dunia blogging dan cara nak dapatkan traffic. Tapi kini, segala ilmu yang ada dalam 4 tahun yang lalu akan digunakan sebaik-baiknya untuk blog Seekers ni, mahupun dari segi SEO, tips, dan buat duit dengan blog.
Kenapa domain yang dipilih ialah Seekersblog.co.cc? Entah la, saya sendiri pun tak tau kenapa ambil domain ni, agaknya sedap disebut kot..Tu pun pening duduk memikirkan nama domain yang hendak digunakan..hehe.. Walaupun domain ini percuma dari .Co.Cc, tapi ianya tidak menggunakan url forwarding, malah menggunakan setting manage DNS, yang mana settinggan ini menggunakan DNSPark.com untuk menjadi pihak ketiga, jika ada yang berminat untuk mengetahuinya, nanti saya akan buat posting mengenainya dan juga termasuk kelebihan-kelebihanya serta maklumat dari domain free zonestraits.
Walau apapun, blog kini memang menjadi minat semua orang untuk memilikinya serta penting untuk masa kini dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan berkesan serta untuk pelbagai tujuan. Maka, lahirlah seekers blog, seorang new blogger yang berminat dalam dunia internet serta buat duit online..hehe.. Jika anda rasa blog ini menarik untuk tatapan anda, anda bolehlah Subcribe Blog ini.

Comments :
0 comments to “Kisah Permulaan - Kenapa Blog?”
Post a Comment